Friday, April 20, 2012

SUP AYAM MASAM

SUP AYAM MASAM


400gm sayur pahit (saya tak tahu nama sayur ini, see picture) potong
1 biji lobak merah,potong
400gm ayam,potong
1 biji bawang besar,potong besar
4 ulas bawang putih,hiris
2cm halia,hiris
3-4 keping asam gelugor,secukup rasa sendiri
4 tangkai cili kering,dipotong 2
1 cube stock ayam,kalau suka,saya tak masuk.
1.2 litre air
Garam secukup rasa

1. Masukkan ayam,air,bawang2,halia,asam,chili kering ke-dalam periuk dan masak hingga mendidih.
2. Kurangkan panas dan biar ia mereneh selama 15 mint masukkan lobak merah dan sayur masak hingga ayam empuk.Hidangkan panas2.
NOTA: Sup ini orang cina selalunya buat selepas hari raya cina,Dia orang masukkan semua daging,ayam dan udang dari lauk semalam untuk membuat sup ini. Kalau ada lauk ayam goreng atau ikan goreng semalam boleh juga masuk dalam sup ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.