AYAM VARUVAL
500 gm ayam,potong kecil2
Bahan perap
2 sudu makan serbuk kari daging
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk garam masala,jika ada
Garam secukup rasa.
(A)
1 sudu makan pes halia
1 sudu makan pes bawang putih
(B)
1 biji tomato,dicencang
1/4 air
Bahan tumis
1 biji bawang besar,mayang halus
1 batang kayu kulit manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 sudu biji sawi
4-5 tangkai cili kering
2 tangkai daun kari
5-6 sudu minyak
Ayam di-perap dengan bahan perap selama 1 jam
1. Panaskan minyak dalam kuali (kalau kuali non-stick lagi bagus)
masukkan bahan tumis dan tumis hingga bawang jadi perang.
2. Masukkan A dengan sedikit air dan tumis hingga hilang bau bawang putih. Masukkan B dan kacau rata.
3. Masukkan ayam perap dan kacau rata. Dan tudung periuk masak dengan api yang kecil. Air akan keluar dari ayam ( jangan masuk air) Masak hingga ayam masak dan betul2 kering.Hidangkan dengan nasi.
.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.