Tuesday, November 6, 2012

AYAM VARUVAL LADA HITAM


AYAM VARUVAL LADA HITAM



1 kg ayam,potong kecil2

(A)

1 sudu teh serbuk kunyit

4 sudu teh serbuk ketumbar

11/2 sudu teh serbuk chili

1 sudu teh pes halia,bawang putih

1 cube stock ayam,jika suka

Garam secukup rasa

(B)

7-8 sudu besar minyak


10 biji buah pelaga

10 kuntum bunga cengkih

2-3 batang kayu kulit manis

(C)


8 tangkai chili hijau,potong halus

4 biji bawang besar,potong halus

(D)

2 sudu besar pes halia,bawang putih


4 biji buah tomato,cencang

(E)

2 sudu teh serbuk lada hitam

2 sudu teh serbuk jintan manis

2 sudu teh serbuk garam masala

Daun ketumbar untuk di-tabur

1. Campurkan ayam dengan A gaul rata dan perap selama 2-3 jam

2. Panaskan minyak dan tumis B hingga wangi,masukkan C dan goreng hingga bawang menjadi perang. Masukkan pes halia,bawang putih tumis hingga hilang bau. Masukkan tomato dan kacau rata.

3. Masukkan ayam dan kacau rata. Masak hingga keluar air nya. Masukkan E dan kacau rata. Masak hingga naik minyak. Kacau dan masak hingga kering sedikit. Taburkan dengan daun ketumbar.
.

.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.