Saturday, May 18, 2013

KARI IKAN BILIS DENGAN BENDI



KARI IKAN BILIS DENGAN BENDI


250 gm bendi,potong ikut suka.

20 gm ikan bilis

30 gm serbuk kari ikan,dibancuh
dengan sedikit air menjadi pes

1-2 sudu makan air asam java pekat.( Orang india suka kari yang masam.)

1 biji tomato

500 ml santan

Garam secukup rasa

Bahan tumis

1 biji bawang besar,hiris halus

5 ulas bawang putih,belah 2

1 sudu teh halba

2 tangkai daun kari

3 sudu besar minyak

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga bawang menjadi
perang. Masukkan pes kari dengan sedikit air dan tumis hingga wangi dan naik minyak.

2. Masukkan bendi,tomato dan ikan bilis kacau rata. Tuangkan santan dan air asam kacau rata. Biarkan mendidih atas api yang sederhana.

3. Last masukkan garam,rasa dulu baru masuk. Biarkan mereneh sebentar. Hidangkan dengan nasi.
.

 

4 comments:

  1. First time jumpa resepi kari ikan bilis.. Nk try buat. 😊😊

    ReplyDelete
  2. bile letak daun kari?
    Thank you for your recipe.

    ReplyDelete
  3. Tq Noor masuk daun kari semasa tumis bawang tu...

    ReplyDelete
  4. Saya minta izin catit resipi ini untuk kegunaan sendiri.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.