AYAM PERCIK
10 kepak ayam
1 litre santan pekat
1 keping asam gelugor
1-2 cube stock ayam
11/2 sudu makan gula
Rasa dulu baru masuk garam
Bahan kisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
6cm halia
4cm lengkuas
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
2 cm belacan
1. Campurkan semua bahan diatas kecuali garam. Masak hingga kepak 1/2 masak.
2. Keluarkan kepak tetapi biarkan kuah mereneh di-atas api kecil. Masak hingga pekat dan keluar minyak.
3. Masukkan balik kepak kedalam kuah nya dan gaul rata. Aturkan kepak di dalam tray dan bakar dalan oven yang telah dipanaskan 200c sampai kepak masak dan kuning keemasan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.