TERUNG GORENG SIMPLE
650 gm terung,ikut suka lah nak pakai terung bulat ke atau terung panjang
1 biji tomato,dicencang
3 s/m minyak
1 biji bawang besar,dihiris
3 ulas bawang putih,ditumbuk
2-3 tangkai lada hijau,dihiris
2 tangkai daun kari
1 s/t biji sawi
1 s/t jintan manis
1 s/t ulutham parupu*
Garam secukup rasa
1. Panaskan minyak dalam kuali (saya pakai non-stick) dan masuk
biji sawi,jintan manis,daun kari,lada hijau dan ulutham parupu tumis hingga bawang menjadi perang and Wangi.
2. Masukkan tomato dan garam secukup rasa kacau rata dan biar kan sebentar. Masuk terung dan kacau rata. Kecilkan api dan tutup kuali. Kacau selalu hingga terung embuk. Jangan masuk air dalam masakan ini. Boleh di hidang dengan nasi.
*Ulutham parupu yang kita guna buat vadai
Jika suka boleh juga campur ikan bilis atau pun udang. Tapi kita orang India suka macam ini jer.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.