TAU FOO GORENG KICAP
5 keping tau foo,dibelah 4 dan digoreng.
1/3 cawan kicap manis
2 batang kayu kulit manis
2 tangkai bunga lawang
2 tangkai daun kari
Sedikit pak haji
4 s/m minyak
Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 in halia
1/2 in lengkuas
10 tangkai chili kering,buang biji dan rendam
1 biji tomato masak,sederhana besar
Kisar semua bahan diatas dengan sedikit air.
1. Panaskan minyak dan tumis kayu kulit manis,bunga lawang dan daun kari.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik minyak. Masukkan kicap dan pak haji. Kacau rata.
3. Masuk tau foo dan goreng hingga naik minyak. Rasa dulu sebelum masuk garam. jika perlu masuk garam. Saya tak masuk garam. Masakkan ini kering sedikit.
Nota: Untuk masakkan ini kena pakai kicap pekat manis Wan Azizah baru sedap...faham2 lah chap apa tu...hehe. Saya tak nak bagi tau nama sebenar ..
pls show hw to cook Sura Puttu/Shark Puttu.
ReplyDeletePlease visit my english blog http://karileaves for the recipe. The recipe is there
ReplyDelete