MASALA
UBI KENTANG
400 gm ubi
kentang,direbus dengan kulit sampai empuk,sejukkan dan buang kulit. Lecek ubi
tapi jangan sampai lepik.
100 gm
tomato,cengang
1 s/m pes
halia
1 s/m pes
bawang putih
1/3 cawan
kacang peas
2-3 tangkai
chili hijau,dipotong
2 s/m tepung
kacang kuda,dibancuh dengan 3-4 s/m air
1 cawan air,
1-2 s/m ghee
Garam
secukup rasa
Daun
ketumbar untuk di tabur
Campur
sekali
1 s/t serbuk
chili,jika suka pedas boleh tambah
½ s/t serbuk kunyit
1 s/t serbuk
garam masala
1 s/t serbuk
ketumbar
1 s/t serbuk
jintan putih
¼ s/t serbuk
asafoetida
Bahan
tumis
3-4 s/m
minyak
2 biji
bawang besar,dihiris halus
1 s/t biji
sawi
1 s/t
ulutham paruppu
1 s/t jintan
putih
2 tangkai
daun kari
1.
Panaskan
minyak bila minyak sudah panas masukkan biji sawi,ulutham parupu dan jintan
putih kacau rata . Masuk bawang dan tumis hingga menjadi perang. Masuk pes
halia/bawang putih tumis hingga hilang bau bawang putih.
2.
Masuk
daun kari,chili hijau dan tomato kacau rata dan tumis hingga naik minyak. Masuk
rempah campur dan kacau rata dan tuangkan air kacau rata.
3.
Bila
air mendidih tuangkan air kacang kuda dan kacau bila nampak pekat sedikit kuah
masuk garam,kacang peas,ghee dan ubi kacau rata dan masak hingga sebati. Tabur
daun ketumbar dan tutup api. Hidang dengan puri atau pun chapati.
Nota: Orang India banyak kaum dan setiap kaum ada dia orang punya version
Masala ubi kentang ini.Ini ada lah version kaum saya. Saya tak suka nak short cut recipe. Masala ubi ini pekat tapi jika suka cair tambah air lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.