Sunday, August 7, 2016

LABU KUNING MASAK KOOTU



LABU KUNING MASAK KOOTU

500 gm labu kuning,dipotong cube jangan buang kulit.

½ cawan kacang hijau tanpa kulit,disangai hingga menjadi sedikit perang.

2 cm halia,ditumbuk kasar

4 ulas bawang putih,dibelah 2

3 tangkai chilie hijau

2 cawan air

1 biji buah tomato,dicencang

Garam dan sedikit gula

Bahan kisar

1 cawan kelapa parut

1 s/m jintan putih

½ s/t jintan manis

1 s/t serbuk kunyit

Kisar sampai lumat

Bahan tumis

1 biji bawang besar,dihiris halus

4 tangkai chilie kering,dipotong

1 s/t biji sawi

1 s/t ulutham paruppu

2-3 tangkai daun kari

½ s/t asafetida

3-4 s/m minyak

1.    Masukkan kacang,halia,bawang putih, chilie hijau dan 2 cawan air ke dalam periuk pressure cooker dan masak sampai 2 whistle.

2.    Masukkan kacang yang sudah direbus tadi kedalam periuk lain dan tuangkan 2 cawan air dan masukkan labu masak hingga mendidih.

3.    Masukkan bahan kisar dan buah tomato masak dengan api yang kecil.

4.    Dalam kuali lain panaskan minyak dan masuk bahan tumis kecuali asafetida. Tumis hingga bawang menjadi sedikit perang. Masukkan asafetida kacau rata dan tuangkan kedalam labu. Kacau rata.

5.    Masukkan garam dan gula dan masak hingga labu empuk. Sedap di makan dengan nasi berlaukan ikan kering.





2 comments:

  1. namapk macam sedap lah chef, tapi bahan nya ada yg tak tau lah

    ReplyDelete
  2. Ulutham parupu tu kacang yang selalu kita buat vadai, asafoeatda tu inggu ada jual di kedai runcit india...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.