RAVA THOSAI
½ cawan tepung suji,yang telah di sangai
2 s/m tepung beras
2 s/m tepung gandum
¼ cawan yoghurt
Garam secukup rasa
1 tangkai chilie hijau,dipotong halus
1 biji bawang besar ( size meduim) dipotong halus
½ cm halia,cincang halus
11/2 s/m daun ketumbar,cincang
1 tangkai daun kari,dimayang halus
2 1/2 cawan air
11/2 s/m minyak
1 s/t jintan putih
1/2 s/t lada hitam ditumbuk kasar,jika suka
¼ s/t serbuk asafoatida ( ini mesti masuk baru bau wangi)
Minyak
1. Campurkan
suji,tepung,tepung beras,garam,daun ketumbar,halia,bawang dan yoghurt dengan
air kacau hingga sebati ( batter dia kena cair bukan pekat jika rasa pekat
tuangkan sedikit lagi air ).
2. Panaskkan
minyak dalam kuali kecil dan masuk jintan putih kacau rata dan angkat dari api
dan masuk daun kari dan serbuk asafoatida dan lada hitam kacau dan tuangkan
kedalam batter dan kacau rata.
3. Panakan
kuali leper nonstick bila dah betul2 panas sapu dengan sedikit minyak. Kacau
rata batter dan ambil satu senduk dan tuang keatas kuali (tuang tu kena tinggi
sedikit. Yang tuang ini yang kena pandai kalau tidak dia tak jadi) dia kena
nipis tak boleh tebal. Ambil sedikit minyak dengan sudu dan tuangkan dikeliling
thosai dan juga di atas nya.
4. Biarkan
sampai dia betul2 garing (light brown di bawa baru boleh terbalik kalau tidak tak boleh) baru di terbalik kan dan goreng
lagi tapi jangan tuangkan minyak. Angkat makan panas2 dengan chutney.
Note: rava thosai ini jika di biarkan sejuk dia akan jadi
liat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.