Tuesday, January 31, 2012

STEW AYAM

STEW AYAM

Stew ini ayam senang dan sedap budak2 mesti suka. Ayam dalam gambar ini bukan ayam tapi ayam vegetarian.

250gm isi ayam,potong cube dan perap dengan sedikit sos hp,garam and tepung jagung
5 biji ubi kentang,buang kulit dan potong dan goreng hingga perang.
1 bawang besar, potong 4
500ml air
2 sudu besar minyak
(A)
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap cair
1 sudu teh kicap pekat manis
Sedikit serbuk lada hitam
(B)
1 sudu teh tepung jagung
1/3 cawan air
Campur sekali

1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
2. Masukkan ubi dan bawang kacau rata dan masukkan A kacau rata dan tuangkan air.
3. Kecilkan api dan biarkan ia mereneh selama 10 mint. Masukan B dan kacau rata biarkan sebentar.
Hidangkan dengan nasi panas-panas.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.