Friday, July 27, 2012

KUIH SAGU

KUIH SAGU

200gm biji sagu

100gm gula atau secukup rasa

1 sudu besar jus daun pandan

1 sudu besar tepung jagung,yang dicampurkan dengan 2 sudu besar air

Kelapa parut secukup nya yang di-gaul dengan garam.

Air secukup nya

Acuan kuih lompang di-sapu minyak

1. Masak  air sampai mendidih masukkan sagu dan masak hingga betul masak (yang dalam gambar itu tak cukup masak pasal saya suka macam itu).

2. Masukkan air sejuk kedalam sagu yang sudah masak dan kacau rata. Tapis dan buang air nya.

3. Masukkan sagu yang di-tapis tadi ke dalam periuk lain. Masukkan gula ,air daun pandan dan air tepung jagung. Masak sampai gula larut dan kering sedikit campurkan dengan warna yang di suka.

4. Sejukkan sebentar sebelum dimasak ke dalam acuan. Sejukkan  sebelum di hidangkan dengan kelapa parut.
.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.