BIRYANI UDANG
2 kg udang besar,kalau suka boleh buang kulit
1/2 cawan yoghurt
7 sudu besar minyak sapi
5 biji buah tomato,cencang
2 sudu teh serbuk chilli
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
100gm daun pudina,cencang
1 tin kacang peas
200gm gajus
2 cube stock ayam,jika suka
Daun ketumbar
Garam secukup rasa
Bahan blend dengan 1/2 cawan air
4 cm halia
10 ulas bawang putih
5 tangkai chili merah
9 tangkai chili hijau
1 biji bawang besar
1 sudu besar bawang
2 kg udang besar,kalau suka boleh buang kulit
1/2 cawan yoghurt
7 sudu besar minyak sapi
5 biji buah tomato,cencang
2 sudu teh serbuk chilli
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
100gm daun pudina,cencang
1 tin kacang peas
200gm gajus
2 cube stock ayam,jika suka
Daun ketumbar
Garam secukup rasa
Bahan blend dengan 1/2 cawan air
4 cm halia
10 ulas bawang putih
5 tangkai chili merah
9 tangkai chili hijau
1 biji bawang besar
1 sudu besar bawang
Bahan tumis
2 batang kayu kulit manis
4 buah pelaga
4 cengkih
1 biji bawang besar,mayang
1. Panaskan minyak sapi dan masuk bahan tumis,tumis hingga naik wangi dan bawang menjadi perang
2. Masukkan bahan gilling,tomato,serbuk chili,serbuk ketumbar,serbuk jintan,yoghurt,stock ayam dan 1/2 cawan air dan kacau rata biar sampai pekat dan naik minyak. Masukkan daun pudina dan kacau rata.
3. Masukkan udang dan masak sampai udang masak,jangan masak sampai lama udang akan jadi keras. Ketepikan
NASI
1 kg beras basmati,rendan selama 1 jam,toskan
3 sudu teh minyak sapi
100gm daun pudina,cencang
100gm daun ketumbar,cencang
100gm gajus
100gm kismis
1/2 cawan yoghurt atau 2-3 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar serbuk biryani
2 cube stock ayam,jika suka
51/2 cawan air
Garam secukup rasa
Bahan tumis
2 bunga lawang
2 kayu kulit manis
4 buah pelaga
1. Panaskan periuk nasi elektrik atas dapur gas dan panakan minyak sapi . Masukkan bahan tumis dan tumis hingga naik wangi.
2. Masukkan semua bahan2 lain dan kacau rata. Tetak periuk ke dalam bekas nya dan masak dengan elektrick sampai nasi masak.
3. Kacau nasi hingga rata. Dalam periuk lain ,ambil 2-3 senduk nasi dan ratakan di-dalam nya. Ambil udang dan letak atas nasi curakan sedikit kuah nya atas nasi. Taburkan dengan kacang peas. Buat lapis macam ini sampai habis nasi dan udang. Tutup dan biarkan selama sejam baru di hidangkan.
.
Encik Rajan, terlebih dahulu terima kasih kerana kongsi resepi ini. Sememangnya resepi sebegini saya sedang cari. Just nak confirmkan pada para 3 - `Kacau nasi hingga rata. Dalam periuk lain ,ambil 2-3 senduk nasi dan ratakan di-dalam nya. Ambil udang dan letak atas nasi curakan sedikit kuah nya atas nasi. Taburkan dengan kacang peas. Buat lapis macam ini sampai habis nasi dan udang. Tutup dan biarkan selama sejam baru di hidangkan'.
ReplyDeleteSemasa proses ini, adakah nasi yang dimasukkan mesti dalam keadaan panas atau sejuk. Dan adakah periuk ini perlu diletakkan di atas api atau tidak? Bukan apa, just nak confirmkan takut tak jadi pulak. Ingat nak masak untuk hari raya haji ni. Boleh tak saya gantikan udang dengan peha daging ayam? Maaf kerana banyak bertanya ye! Mohon agar segala persoalan dapat dijawab. Terima kasih sekali lagi.