Monday, March 11, 2013

AYAM CILI PADI



AYAM CILI PADI


1 ekor ayam,potong kecil2

2 sudu makan serbuk kunyit

Garam secukup rasa

Perap ayam dengan kunyit dan garam selama 30 mint. Goreng hingga masak,tapi jangan keras. Ketepikan.

Bahan kisar

2 cm halia

8 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

2 cm lengkuas

2 cm kunyit

2 batang serai

12 tangkai cili padi,atau ikut rasa sendiri

           **********

1 cawan santan pekat

11/2 sudu makan gula

2 - 3 sudu makan air asam java,atau secukup rasa

1 cube ayam,jika suka

1. Panaskan 1/2 cawan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik minyak. Masukkan santan,gula,cube ayam dan air asam java masak hingga naik minyak.

2. Masakkan ayam yang sudah di-goreng dan kacau hingga sebati dan kering. Hidangkkan dengan nasi

.



.




 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.