KUIH LAPIS
160 gm gula,kisar menjadi
serbuk
190 gm tepung beras
125 gm tepung tang meen
2 sudu makan tepung gandum
5 cawan santan,saya blend kelapa parut dengan 1 helai daun pandan. Dan tapis.
1/4 sudu teh garam
Warna
1 tin 4 segi 8 inchi
1. Panaskan pengukus.
2. Dalam satu mangkuk besar campurkan tepung tang meen,tepung beras,tepung gandum,garam,gula dan santan gaul sebati. Tapiskan ke dalam bekas lain agar adunan sebati.
3. Bahagikan kepala 2 bekas. satu bekas 4 cawan dan 1 bekas 3 cawan. Warna ikut suka.
4. Letakkan tin dalam pengkukus. Tuangkan satu cawan adunan dan kukus selama 7-10 minit. Ulang proses hingga lapisan terakhir.
5. Setelah siap keluarkan daripada pengkukus dan sejukkan.
.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.