SAYUR MASAK DAL
250 gm kacang dal,masak dengan 21/2 cawan air,7 ulas bawang putih belah 2,3 cm halia tumbuk dan 1 sudu makan jintan manis. Masak guna periuk pressure cooker hingga kacang betul2 masak.
300 gm sawi atau bayam,ikut suka.
2 biji tomato,cencang
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 litre santan
Garam secukup rasa
Bahan tumis
1 biji bawang besar,dihiris
2-3 tangkai cili kering,potong
1 sudu teh biji sawi
Minyak
1. Tuangkan santan dalam kacang dal yang tertelah masak tadi dan kacau rata. Masukkan sayur,tomato,serbuk kunyit and serbuk jintan dan masak hingga mendidih.
2. Panaskan minyak dalam kuali lain. Dan tumis bahan tumis hingga bawang menjadi perang. Tuangkan kedalam kacang dal dan kacau rata. Masak hingga sayur masak.
NOTA: kari nampak cair bila panas tapi akan jadi pekat bila sejuk.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.