Saturday, October 3, 2015

VENDIKAI KOOTU




VENDIKAI KOOTU (SAYUR BENDI DHALL)

½ cawan kacang dhall di rendam sampai kembung dan di pressure cook sampai hancur dengan 3 ulas bawang putih,3 tangkai chili hijau,1 s/t jintan putih,1 s/t serbuk kunyit dan 2 cm halia dan 4 cawan air. Ketepikan

500 gm kacang bendi,potong bulat2

1/3 cawan kelapa parut,di blend dengan sedikit air sampai lumat ( saya gilling)

1 biji tomato,dicencang

½ s/t  serbuk jintan putih

½ s/t  gula (gula jangan banyak)

Garam secukup rasa

Bahan tumis

1 s/t biji sawi

1 s/t ulutham parupu

1 s/t jintan putih

4 tangkai chili kering,dipotong 3

2-3 tangkai daun kari

1 biji bawang besar,dihiris nipis

¼ cawan minyak

1.     Panaskan minyak dan masuk bahan tumis dan tumis sampai naik wangi dan  bawang menjadi perang. 

2.     Masukkan bendi dan kacau rata dan goreng selama 1 mint.Masukkan semua bahan lain dan masak hingga bendi masak kuah pekat sedikit.

Nota: Jika suka boleh juga masuk ikan bilis 30gm semasa tumis. Bendi boleh di ganti dengan sayur lain. Sedap di-hidang dengan lauk ikan goreng dan sambal belacan.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.