VARUVAL
PISANG MUDA
4 biji
pisang muda,dipotong 2 dan rebus hingga masak tapi jangan masak hingga lembik.
Sejukkan dan potong cube.
1 s/m serbuk
chilie
1 s/m serbuk
ketumbar
1 s/t serbuk
kunyit
1 s/t serbuk
jintan manis
1/8 s/t
serbuk asafetida
Garam
secukup rasa
1 s/t biji
sawi
1 s/t
ulutham paruppu
1 s/t jintan
manis
3 tangkai
daun kari
5-6 s/m
minyak
1.
Panaskan
minyak dan masukkan biji sawi,jintan manis,ulutham paruppu dan kacau rata.
2.
Masukkan
semua bahan serbuk dan daun kari kacau rata dan masuk sedikit air masuk garam
kacau rata bila dah naik minyak masuk pisang dan kacau rata.
3.
Kacau
dan goreng hingga kering. Hidangkan
dengan nasi
Hai tuan. Menarik menu ini. Saya memang penggemar pisang. Tak kisah masak macamana pasti suka. Tapi kami orang Melayu kurang kenal dengan bahan asafoetida. Boleh tak tuan kongsikan macamana rupanya & di mana boleh dapatkannya? Yang paling penting adakah ia halal? diperbuat dari apa ye asafoetida. Saya selalu jumpa bahan ini dalam resepi2 masakan India. Terima kasih ye.
ReplyDeleteTerima kasih banyak2 ya…saya tak sangka yang awak yang famous ini boleh sampai ke blog saya yang tak berapa ini. Asafoetida ini 100% halal pasal dia getah pokok. Lagi pun dia diguna dalam banyakkan masakkan muslim di India. Orang india guna asafoetida ini dalam masakkan untuk “buang angin” macam kacang dhal tu banyak angin dan juga sayur2 yang ada angin. Asafoetida ini bau dia busuk jadi kena pakai sedikit jer. Bila kita orang india bila masak rasam kita mesti masuk benda. Asafoetida boleh dibeli di kedai runcit orang india dia dalam botol ( serbuk) dan ada juga yang keras macam batu.
ReplyDeleteKalau tak salah orang melayu panggil inggu. https://en.wikipedia.org/wiki/Asafoetida
I'll try yours.
ReplyDeleteThanks.
Hi sir..sy nak tnya pisang muda tu pisang ape jenis pun bole dibuat masak varuval ke?
ReplyDelete