Wednesday, January 27, 2016

KARI PAP ROTI PARATHA



KARI PAP ROTI PARATHA

500 gm ubi kentang,direbus,sejukkan buang kulit dan potong cube.

200 gm bawang beasar,di-hiris halus

15 gm daun kari,di-mayang halus

2 s/m serbuk chilie

1 s/m serbuk kari daging

1 s/t serbuk garam masala

½ cawan air

Garam secukup rasa

2-3 s/m minyak

Bahan kulit: 2 pkt roti paratha chap kawan,1 keping di-potong 3 (tengkok gambar)

1.    Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari hingga naik wangi.

2.    Masukkan serbuk kari daging,serbuk chilie ,garam masala kacau rata dan terus tuangkan air. Kacau rata dan masuk garam bila mendidih dan naik minyak.

3.    Masukkan ubi dan kacau hingga kering. Masak hingga sebati. Tutup api dan biarkan sejuk.

4.    Panaskan oven 180c . Ambil sekeping paratha dan masuk 11/2 s/m inti dan lipat menjadi kari pap. Atur dalam Loyang dan bakar 30 minit.(ikut oven sendiri) atau pun sampai garing.

Nota: Inti yang saya buat ini vegetarian jika suka boleh di campur dengan ayam,daging atau pun sardine.







1 comment:

Nooriah Abdullah said...

sedap ni chef boleh try nnt mudah tk payah uli tepung lgi kan