DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Saturday, October 7, 2017

AYAM PARATHE DENGAN KACANG PANJANG



AYAM PARATHE DENGAN KACANG PANJANG

Dalam gambar ayam parathe ini saya guna ayam vegetarian pasal masakkan vegetarian tapi dalam recipe ini saya ganti daging ayam

300 gm isi ayam. Dipotong kecil2

200 gm kacang panjang,dipotong 

1 labu bawang besar,dipotong halus

2 tangkai daun kari

2 s/m pes halia bawang putih*

¼ cawan santan pekat

11/2 cawan air

Sedikit jus asam java

Garam secukup rasa

¼ cawan minyak

Serbuk masala

1 s/m serbuk ketumbar

2 s/m serbuk chilie

1 s/t serbuk garam masala

1 s/t serbuk jintan putih

1 s/t serbuk jntan manis

½ s/t serbuk kunyit

*kisar bawang putih dengan halia

1.    Panaskan minyak dan tumis bawang hingga menjadi sedikit perang. Masakkan pes halia bawang putih dan tumis hingga hingga hilang bau halia bawang putih

2.    Masukkan daun kari dan bahan serbuk kacau dan tuangkan ½ cawan air dan tumis hingga naik minyak.masukkan ayam dan kacau rata.masak sampai naik minyak.

3.    Masukkan kacang,air,santan,air asam dan garam kacau rata dan masak hingga sedikit kering.




Sunday, August 20, 2017

SAMBAL SARDIN DENGAN UBI KENTANG



SAMBAL SARDIN DENGAN UBI KENTANG

400 gm ubi kentang,dibelah dan goreng hingga masak,ketepikan

1 tin besar sardin

1 biji bawang besar,dihiris halus

6 ulas bawang putih,di-tumbuk kasar

2  s/m serbuk chilie

1 s/m serbuk ketumbar

½ s/t serbuk kunyit

Jus asam java secukup rasa

½ cawan air

Bahan tumis:

½ s/t jintan putih

½ s/t jintan manis

½ s/t biji sawi

2 tangkai daun kari

3-4 s/m minyak

1.    Panaskan minyak dan masuk bahan tumis dan kacau masak bawang dan bawang putih tumis hingga bawang garing sedikit.

2.    Masuk serbuk chilie dan kunyit kacau dan tuangkan air dan biarkan mendidih sampai naik minyak.

3.    Masuk sardin dan kacau rata masak ubi dan gaul sebati masuk air asam java dan garam kacau dan masak hingga naik minyak.




Tuesday, August 15, 2017

SURUL APPAM ( KUIH KETAYAP ORANG INDIA )



SURUL APPAM  ( KUIH KETAYAP ORANG INDIA )

1 cawan tepung gandum

11/4 cawan santan cair, atau secukup nya.

1 biji telur

½  s/t garam

1 s/t ghee

1 s/t  baking powder

Campur kan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati. Tuangkan dalam belander dan kisar hingga sebati. Ketepikan.

Bahan inti

150 gm kelapa parut

¼ cawan kachang tahan,tumbuk kasar

60 gm jiggery atau pun gula perang,manis secukup rasa sendiri.

¼ s/t serbuk buah pelaga

1 s/t ghee

1 s/t tepung gandum

¼ cawan air

1.    Panaskan air dan masuk gula (jika pakai jiggery lepas gula cair kena tapis dulu ) bila gula sudah cair masuk semua bahan lain dan kacau hingga sedikit kering. Sejukkan

2.    Panaskan kuali nonstick sapu dengan sedikit ghee. Masukkan satu senduk adunan kedalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Bairkan masak.

3.    Ambil sesudu penuh inti. Letak di-atas permukaan kuih dadar.lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Hidangkan dengan teh panas.









Sunday, August 13, 2017

PUTTU IKAN YU



PUTTU IKAN YU

500 gm ikan yu, buang kulit dan potong kecil dan gaul dengan 1 s/t serbuk kunyit dan kukus sehingga masak. Sejukkan dan buangkan tulang dan hancurkan.

2 biji besar bawang, dihiris halus

40 gm halia,di cincang

40 gm bawang putih, dicincang

5 cili hijau, dicincang

Jus limau nipis,secukup rasa

Garam secukup rasa

2 sudu besar minyak

1 s/t sawi sawi

1 s/t ulutham paruppu

1 s/t kecil jintan putih

2 tangkai karileaves

1. Panaskan minyak dan masukkan biji sawi,jintan putih dan ulutham paruppu.

2. Masukkan bawang, bawang putih, halia, chilie dan daun kari goreng sehingga harum.

3. Masukkan ikan dan garam kacau rata dan goreng sehingga kering tambah jus limau nipia dan kacau sebati. Hidangkan dengan nasi

Nota: ini lauk untuk orang perempuan dalam pantang. Kalau makan lauk ini baik untuk tambah susu 
.