DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Sunday, January 24, 2016

KARI IKAN REMPAH GILLING



 
KARI IKAN REMPAH GILLING

500 gm ikan,ikut suka nak pakai ikan apa pun.

7-8 tangkai bendi,dipotong 2

1 biji tomato,potong 4

1 biji bawang besar,dihiris halus

6 ulas bawang putih,dihiris

2 cawan air

1 cawan santan pekat

Asam java,secukup rasa sendiri diramas dan tapis.

3 s/m minyak

1 s/t halba

2 tangkai daun kari

Garam secukup rasa

Bahan gilling

15 tangkai chilie kering,buang biji dan potong*

2 s/m biji ketumbar*

1 s/t jintan putih*

½ s/t lada hitam*

1 s/t beras*

½ s/t serbuk kunyit

Sangai bahan* sampai naik wangi dan gilling hingga lumat.

1.    Panaskan minyak dan tumis halba,bawang besar,bawang putih dan daun kari hingga naik wang dan bila bawang menjadi perang.

2.    Masukkan rempah gilling dan tumis hingga naik minyak. Tuangkan air,santan,garam dan jus asam java kacau rata dan biarkan mendidih dan mereneh selama 5 mint dengan api yang kecil.

3.    Masukkan bendi,ikan dan tomato dan masak hingga ikan masak dan sebati. Hidang dengan nasi.








1 comment:

Anonymous said...

Tq resepi ni buat saya x sabar nk cuba.