DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Sunday, November 6, 2016

KARI AYAM DAUN ASAM




KARI AYAM DAUN ASAM



Daun asam ini bukan daun Rosella Nampak macam same jer tapi tak sama lain. Selalu nya daun asam ini orang india yang jual dekat pasar. Curry ini memang sedap sangat kalau tak cuba tak tahu.



11/2 kg ayam,dipotong dan di gaul dengan sedikit garam dan kunyit ketepikan 1 jam.

5 cawan santan,dari 1 biji kelapa

3 s/m gula

1 s/t serbuk garam masala

1 cube stock ayam,jika suka

Garam secukup rasa

(A)

200 gm daun asam,daun jer

300 gm terung bulat,dipotong cube

100 gm bawang besar,dipotong

5-6 tangkai chilie hijau,dipotong

3 cm halia,cencang

6 ulas bawang putih

2 cawan air

Masukkan semua bahan2 diatas dalam periuk dan rebus sampai  semua sayur masak. Sejukkan dan kisar dengan air nya sekali hingga menjadi puree. Ketepikan.

(B)

1/3 cawan minyak

2 biji bawang besar,dihiris halus

4 tangkai daun kari

2 batang kayu manis

4 biji buah pelaga

4 tangkai bunga cengkih

3 kuntum bunga lavang

1.    Panaskan minyak dan masuk bahan B dan tumis hingga naik wangi dan bawang menjadi sedikit perang.

2.    Masuk ayam dan serbuk garam masala dan kacau rata. Masak dalam 2 mint. Masukkan puree daun asam,santan,gula dan cube ayam jika pakai.

3.    Kacau rata dan bair kan mendidh. Kacau dan rasa dulu sebelum masak garam. Masak hingga ayam empuk dan naik minyak sedikit.

4.    Hidangkan dengan nasi.







5 comments:

Nooriah Abdullah said...

macam tak pernah tengoklah daun asam tu kat sini chef
kalau dpt tanam best ni takyah jauh2 gi cari bila nak masak

Naily's Kitchen said...

Apa rasa daun asam tu chef?

Thyaga Rajan said...

rasa dia masam

Thyaga Rajan said...

Hi,Nooriah you duduk dekat mana ini ??

haizie abd hamid said...

Harus cuba nie kari ayam daun asam.saya selalu masak kari daun asam jer..kat jb/png memang senang nak dptkan sayur asam nie