DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Wednesday, November 9, 2016

DAUN MUNGGAI GORENG TELUR




DAUN MUNGGAI GORENG TELUR

200 gm daun munggai (daun jer)

2 biji telur,di pukul

2 biji bawang besar,di hiris halus

4 tangkai chilie kering,dipotong

3 ulas bawang putih,ditumbuk

1 s/t biji sawi

1 s/t ulutham paruppu

1 s/t gula

Garam secukup rasa

2 s/m minyak

1.    Panaskan minyak dan masukkan biji sawi dan ulutham paruppu kacau. Masukkan bawang,chilie dan bawang putih goreng hingga bawang menjadi sedikit perang.

2.    Masukkan daun munggai dan kacau rata. Masukkan sedikit air (jangan banyak) kacau dan goreng hingga sayur masak.

3.    Masuk garam dan gula kacau rata. Masuk telur dan gaul hingga sebati dan telur masak, tutup api. Hidangkan dengan nasi





2 comments:

Anonymous said...

Saya akan cuba resipi ni. Selalu buat telur dadar je... :)
Selain tu, saya & keluarga mengamalkan makan daun munggai ni dlm bentuk serbuk dalam kapsul. Saya juga turut menjual homemade kapsul ini dgn harapan dapat berkongsi khasiat munggai ini dengan pengamal & sesiapa yg berminat pd harga yang amat berpatutan i.e. RM40. Boleh lihat iklan saya di http://www.mudah.my/Kapsul+Moringa-51768280.htm

Shahrizat said...

selamat tengahari, saya sangat berminat untuk mencuba resepi ini dan ingin bertanya samada kita perlu gunakan daun yang muda atau daun yang tua? Terima kasih.

shahrizat