DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, October 18, 2016

KUIH KETAYAP



 


KUIH KETAYAP

300 gm tepung

1 sudu kecil garam

1 biji telur

300 ml santan cair atau air (lebih kurang)

3-4 daun pandan, dipotong halus

1 s/m minyak jagung

Untuk inti:

200 gm gula perang, rebus dengan sedikit air dan tekanan. (Saya guna gula perang chap bintang)

2 daun pandan, disimpul

250 gm kelapa parut putih.

½ sudu besar tepung, campurkan dengan sedikit air

Secubit garam.

Cara membuat inti:

Campur semua bahan kecuali tepung ke dalam kuali dan masak kacau hingga sedikit kering. Masuk kan tepung yang di campur air tadi dan kacau hingga sebati masak sebentar.  Keluarkan daun pandan dan biarkan ia sejuk.

Untuk membuat adunan:

1. Dalam mangkuk campurkan tepung, telur, garam, dihiris halus daun pandan tambah sedikit air dan dijadikan adunan pekat.

2. Tuangkan ini dalam pengisar dan kisar hingga daun pandan lumat. Jika anda suka anda boleh menambah sedikit pewarna makanan hijau.

3. Masukkan baki air dan dijadikan adunan tidal terlalu pekat atau pun terlalu cair. Masukkan sedikit lagi air jika perlu.

4. Panaskan kuali leper non stick di atas api sederhana. Celupkan sekeping  kain kecil ke dalam minyak dan sapu di atas kuali.

5. Kacau adunan tuangkan sesudu adunan ke dalam kuali dan segera berputar pan supaya adunan meliputi asas dalam lapisan nipis. Biarkan adunan masak dan terbalik. Buat sampai habis batter

6. Letakkan sesudu inti di tengah-tengah pancake dan lipat dan gulung .Hidangkan dengan teh.




No comments: