DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Saturday, January 21, 2012

TAU FOO TELUR KUKUS





TAU FOO TELUR KUKUS

Bahan2 untuk menbuat tau foo

500gm tau foo lembut
3 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
1 cube stok ayam
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
1 tin size 5in

Campurkan semua bahan2 di-atas dan blend sampai lumat. Sapu tin dengan minyak dan alas dengan plastic. Tuangkan taufoo kisar dan kukus sampai masak. Sejukkan dan potong 2 untuk resipi ini guna separuh saja.


CAPSICUM
 1/2 tau foo telur
60gm daging ayam cencang.
50gm capsicum kuning,potong cube halus
50gm capsicum hijau,potong cube halus
1 tangkai chilli merah,potong cube
3-4 chilli padi,kalau suka pedas
2 ulas bawang putih,cencang
3-3 sudu besar minyak

Sos-nya

3/4 cawan air
2 sudu besar sos tiram
1 /2 sudu teh gula
1 sudu teh tepung jagung

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan kacau sampai ayam masak.  Tuangkan sos dan kacau sebati. Masukkan capsicum dan chilli padi.
3. Potong tau foo dan atur di dalam pinggan.
4. Tuangkan masakan ayam keatas tau foo. Dan hias dengan potongan daun bawang . Hidangkan panas-panas.





No comments: