Thursday, April 26, 2012

THENGAI CHUTNEY (CHUTNEY KELAPA) 1

CHUTNEY KELAPA

150gm kelapa parut putih
2 tangkai cilli hijau,boleh tambah dengan cilli padi jika suka pedas.
1 cm halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
2 s/t air asam java.
Garam secukup rasa

Kisar atau giling sampai lumat ketepikan

Bahan2 tumis

1 s/t biji sawi
1 s/t ulutham parupu
1 tangkai daun kari
2 tangkai cilli kering
2 s/b minyak

Panakan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau nya. Tuangkan dalam kelapa yang telah dikisar. Kacau rata. Hidangkan dengan thosai.

CHUTNEY KELAPA -2

200gm kelapa parut
2-3 tangkai cilli hijau,tambah cilli padi kalau suka pedas.
2 tangkai daun kari
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
1 biji tomato,cencang
2 sudu besar pothu kadalai (sejenis dhall ada jaul di kedai india)
atau pun 6 biji buah gajus
Garam secukup rasa
3-4 sudu besar minyak

Panaskan minyak dan masukkan semua bahan di-atas dan kacau hingga naik wangi nya.
Sejukkan. Giling atau kisar dengan sedikit air panas sampai lumat.(jangan cair). ketepikan.

Bahan Tumis

2-3 sudu besar minyak
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh ulutham paruppu
1 tangkai daun kari
2 tangkai cilli kering

Panaskan minyak dan tumis bahan2 di-atas hingga wangi. Tuangkan dalam kelapa kisar tadi dan kacau rata . Hidangkan dengan thosai.
CHUTNEY KELAPA MERAH Resipi di-bawah

CHUTNEY KELAPA MERAH -3

100gm kelapa parut
(A)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2-3 tangkai cilli merah,tambah lagi kalau suka pedas.
1 sudu besar pothu kadalai
2cm halia
1 biji tomato
1-2 tangkai daun kari
2-3 sudu minyak
Garam secukup rasa

1/2 cawan air suam.

1. Panaskan minyak dan tumis bahan A sampai bawang layu dan wangi bau nya
2. Masukkan kelapa dan gaul rata. goreng sebentar,sejukkan.
3. Kisar dengan air dan garam sampai lumat. Ketepikan.

Bahan2 tumis

2-3 sudu besar minyak
1 sudu teh biji sawi
1 sudu ulutham parupu
1 tangkai daun kari
2 tangkai cilli kering

1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik wang, tuangkan kedalam kelapa kisar tadi dan kacau rata. Hidangkan dengan thosai atau idli.










6 comments:

Bonda Noor said...

Mr. Rajan, greetings from Sajian Dapur Bonda. I've just found your blog when i am blog walking searching for `kuah tosei'. Actually I don't know the specific indian's name for that `kuah tosei'. Tau makan aje... But finally I found it on your blog. I should say thrillon of thanks for the marvellous receipes of chutney kelapa. I love to eat Indian's food (mamak style) because `saya memang orang Penang sejati yang suka makan nasi kandar, tosei, and capati. There's only a few blogger who posts their Indian's receipes in Malay version. Tahniah. I will bookmark your blog in my list. Thanks again.

Princess Honey said...

VERY HELPFULLY SIR,TQ

Fadz hashim said...

Mr thyaga rajan, sy mencari resepi chutney daun kari.. kalau you thu, nk minta tlg share boleh ke?..

QueenCapt said...

Mr Rajan, terimakasih banyak kongsi resepi chutney.

Haizan Ryosuke said...

ulutham parupu tu ape eh?

Unknown said...

thanks.. for share the resepi