Monday, April 8, 2019

KHICHDI (NASI KACANG DHAL)




KHICHDI (NASI KACANG DHAL)

1 cawan beras basmathi, direndam selama ½ jam.

¼ cawan tuvaram parrupu*, direndam 1 jam dan rebus ½ masak ( jangan rebus sampai hancur) dengan 1 cawan air.

½ s/t serbuk kunyit

1 biji  bawang, dihiris

1 tomato besar, dicincang

2-3 cili hijau, dihiris

½ inci halia, cincang

3 bawang putih, dicincang

1 cawan sayur campuran (dari supermarket)

Garam secukup rasa

1 s/t gula

1 sudu kecil jus limau

1 cawan santan

1 cawan air

¼ cawan, daun ketumbar cincang

Bahan tumis:

2 s/m besar ghee

1 s/m minyak

1 batang kayu manis

2 biji pelaga

5 bunga cengkih

1 tangkai bunga lavang

1 sudu teh jintan putih

1 tangkai daun kari

1. Panaskan minyak dengan ghee bila sudah panas masukkan kayu manis,bunga cengkih,bunga lavang,daun kari dan jintan putih  kacau. Masukkan bawang,bawang putih,halia dan cili hijau kacau dan tumis hingga bawang menjadi layu.

2. Masukkan serbuk kunyit, garam,daun ketumbar dan tomato dicincang kacau rata dan masak hingga naik minyak. Masukkan sayur campur dan kacau rata.

3. Masukkan dhal yang di rebus dengan air nya sekali,air dan santan. Masukkan garam secukup rasa. Kacau rata tuangkan dalam rice cooker dan masak. Hidangkan dengan rendang.

* Tuvaram paruppu boleh di beli dikedai runcit orang india.



No comments: