DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, May 29, 2012

KURMA TELUR


KURMA TELUR

Ini kira masak kurma telur yang simple..


6 biji telur rebus

3-4 biji ubi kentang,buang kulit dan potong.

1-2 biji lobak merah,buang kulit dan potong.

2 biji tomato,potong

20gm daun pudina,cencang halus

20gm daun ketumbar,cencang halus

90gm serbuk kurma,dibancuh dengan
sedikit air menjadi pes

1 litre santan
Garam dan gula secukup rasa (gula jangan banyak)

Bahan tumis

(A)
1 biji bawang besar,hiris halus
1-2 tangkai chilli hijau atau merah
2 batang kayu kulit manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga,tumbuk
3-4 sudu besar minyak

(B)
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih

1. Panaskan minyak dan tumis A sampai naik wangi. masukkan B dengan sedikit air dan tumis hingga naik minyak.

2. Masukkan pes kurma  dan kacau hingga naik minyak. Masukkan sayur dan santan kacau rata dan biarkan mendidih dan mereneh dengan api yang perlahan hingga sayur masak.

3. Masukkan telur dan kacau rata. biarkan sebentar. Hidangkan dengan nasi.
.
.









No comments: