DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, June 23, 2015

SAMBAR ( KARI DAL )



SAMBAR
 
2 cawan kacang dal, di-rendam 4-5 jam sampai kembang.
1.litre air
10 ulas bawang putih,dibelah 2
2 inche halia,tumbuk kasar
1 s/m jintan manis
3 tangkai chili hijau
 
Saya rebus semua bahan diatas dengan pressure cooker sampai dal betul2 empuk 
 
Sayur:
 
300 gm ubi kentang,belah 4
 
150 gm kacang panjang
 
200 gm carrot
 
200 gm tomato
 
1 cawan santan pekat
 
Garam secukup rasa
 
Bahan tumis:
 
2 biji bawang besar,dihiris halus
 
6 tangkai chili kering dipotong
 
3 tangkai daun kari
 
1 s/m biji sawi
 
1 s/t jintan putih
 
4 s/m minyak
 
Di-campur sekali
 
1 s/t  kunyit
 
1 s/m serbuk chili
 
1 s/t serbuk jintan manis
 
1. Bila dal sudah empuk masukkan 6 cawan air dan ubi kentang  dan biarkan sampai mendidih. Masak sampai ubi 1/2 masak.
 
2. Masukkan sayur lain dan santan dan biarkan mereneh . Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumis biji sawi,jintan manis,bawang,chili kering dan daun kari hingga naik wang dan bila bawang menjadi kuning tutup api dan masuk bahan campur and kacau dan tuang ke dalam dal tadi. kacau rata dan masak hingga sebati dan sayur semua masak.
 



 
 

6 comments:

adda syuhada said...

Saya suka makan ngn roti canai..
tp bab nk buatnya tu...ya ampun.....malas sungguh

Kjee said...

Nak try your version Chef. Tq.

Thyaga Rajan said...

adda syuhada..memang sedap kalau makan dengan roti canai...thank you for your comment.and for visiting my blog.

Thyaga Rajan said...

Kjee thank you so much...ini bukan version I tapi version orang india masak kari dal. Hope you will like it..take care.

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Anonymous said...

sy tertarik untuk mencuba..bahan yg dicapur sekali tu digunakan waktu bila ye..harap beri tunjuk ajar