DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, July 17, 2012

AYAM MASALA DENGAN KACANG BUNCIS

AYAM MASALA KACANG BUNCIS

600gm ayam,dipotong

250gm kacang buncis,dipotong

11/2 biji tomato,potong halus

1 cawan santan pekat

1 sudu besar serbuk ketumbar

1 sudu teh serbuk jintan manis

6 biji buah pelaga,buang kulit dan tumbuk.

6 kumtum bunga cengkih,ditumbuk


Garam secukup rasa


Bahan kisar (A)

6 ulas bawang putih

6 biji bawang merah

3 batang serai

1cm halia

1cm lengkuas

20 tangkai chili kering,buang biji nya



Bahan tumis (B)


4-5 sudu besar minyak

2 batang kayu kulit manis

2 kuntum bunga lawang

2 tangkai daun kari


1. Panaskan minyak dan tumis B hingga naik wangi nya.

2. Masukkan bahan A tumis hingga naik minyak. Masuk serbuk ketumbar dan chili. Masukkan tomato dan kacau rata. Masukkan ayam, santan pekat kacau dan biar sampai mendidih kacau rata masak hingga. Kuah menjadi pekat dan masuk kacang buncis kacau rata . Sampai  kacang sudah masak. Hidangkan dengan nasi.
.
.
















No comments: