DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Saturday, November 21, 2015

KARI TERUNG BULAT


Cuba jangan tak cuba kari ini memang sedap sangat. 
 

KARI TERUNG

500 gm terung bulat,potong cube

100 gm bawang besar,hiris halus

1 biji buah tomato,cencang

1 s/t jintan putih

2 tangkai daun kari

4 s/m minyak

2 cawan air

Garam dan serbuk perasa secukup rasa

1 s/t serbuk jintan putih

1 s/t serbuk chili

¼ serbuk kunyit

2 s/t serbuk ketumbar

Kisar hingga lumat dengan sedikit air

½ cawan kelapa parut

10 biji gajus

Tumbuk lumat

3 tangkai chili hijau

4 ulas bawang putih

1 inci halia

1.    Panaskan minyak masuk jintan putih dan daun kari kacau. Masuk bawang dan tumis hingga bawang menjadi light brown.

2.    Masuk pes chili hijau dan tumis lagi hingga hilang bau. Masuk tomato dan kacau rata masak hingga hancur dan naik minyak.

3.    Masuk terung dan serbuk2 kacau rata dan tuangkan air kacau dan tutup periuk biar terung masak. Bila terung nampak masak masukkan pes kelapa dan kacau rata masuk garam. Dan masak hingga sebati. Sedap di hidang dengan nasi.

Nota: Boleh juga kalau campur dengan udang atau pun isi ayam.




No comments: