DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Friday, November 27, 2015

MASALA UBI KENTANG



MASALA UBI KENTANG


400 gm ubi kentang,direbus dengan kulit sampai empuk,sejukkan dan buang kulit. Lecek ubi tapi jangan sampai lepik.

100 gm tomato,cengang

1 s/m pes halia

1 s/m pes bawang putih

1/3 cawan kacang peas

2-3 tangkai chili hijau,dipotong

2 s/m tepung kacang kuda,dibancuh dengan 3-4 s/m air

1 cawan air,

1-2 s/m ghee

Garam secukup rasa

Daun ketumbar untuk di tabur

Campur sekali

1 s/t serbuk chili,jika suka pedas boleh tambah

½  s/t serbuk kunyit

1 s/t serbuk garam masala

1 s/t serbuk ketumbar

1 s/t serbuk jintan putih

¼ s/t serbuk asafoetida

Bahan tumis

3-4 s/m minyak

2 biji bawang besar,dihiris halus

1 s/t biji sawi

1 s/t ulutham paruppu

1 s/t jintan putih

2 tangkai daun kari

1.    Panaskan minyak bila minyak sudah panas masukkan biji sawi,ulutham parupu dan jintan putih kacau rata . Masuk bawang dan tumis hingga menjadi perang. Masuk pes halia/bawang putih tumis hingga hilang bau bawang putih.

2.    Masuk daun kari,chili hijau dan tomato kacau rata dan tumis hingga naik minyak. Masuk rempah campur dan kacau rata dan tuangkan air kacau rata. 

3.    Bila air mendidih tuangkan air kacang kuda dan kacau bila nampak pekat sedikit kuah masuk garam,kacang peas,ghee dan ubi kacau rata dan masak hingga sebati. Tabur daun ketumbar dan tutup api. Hidang dengan puri atau pun chapati.

Nota: Orang India banyak kaum dan setiap kaum ada dia orang punya version Masala ubi kentang ini.Ini ada lah version kaum saya. Saya tak suka nak short cut recipe. Masala ubi ini pekat tapi jika suka cair tambah air lagi.








No comments: