DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Friday, January 8, 2016

AVIYAL ( sayur campur orang india )





AVIYAL (sayur campur india)

250 gm kacang buncis

300 gm ubi kentang,direbus dan buang kulit dan potong.

100 gm carrot,saya tak masuk pasal tak ada.

1 tin cendawan ,dibelah 2

100 gm tomato dicencang

4 cawan santan cair

Garam gula dan perasa

Bahan kisar

1 cawan kelapa parut

2-3 tangkai chili hijau

2 cm halia

1 s/t jintan putih

30-50 gm gajus

Semua bahan ini dikisar hingga lumat

Bahan tumis

3-4 s/m minyak

1 s/t jintan putih

1 s/t biji sawi

1 biji bawang besar,di hiris halus

2 tangkai daun kari

1 s/m pes halia

1 s/m pes bawang putih

1 s/t garam masala

1.    Panaskan minyak dan masuk biji sawi dan jintan putih lepas tu masuk bawang dan tumis hingga bawang menjadi light brown. Masuk pes halia dan bawang putih daun kari tumis hingga hilang bau nya.

2.    Masuk serbuk garam masala dan kacau rata masuk sayur dan kacau sebati dan tuangkan santan dan biarkan sampai mendidih. Bila sayur sudah masak masuk bahan kisar dan kacau rata. Masuk garam sedikit gula ( jangan banyak)  dan serbuk perasa jika guna.Masak 5 mint lagi dan tutup api.
  



No comments: