DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Saturday, June 29, 2013

RASAM IKAN BILIS DENGAN LOBAK PUTIH


RASAM IKAN BILIS

150 gm lobak putih,
Buang kulit dan potong nipis. Dan rebus dengan 1 cawan air sampai masak,ketepikan dengan air nya.

30 gm ikan bilis

100 gm tomato,cencang

1 litre air

50 gm asam java,diramas dengan air dan tapis

Sedikit daun ketumbar

Garam secukup rasa

Bahan tumbuk (kasar)

1/2 sudu makan jintan putih

1/2 sudu teh lada hitam

5 ulas bawang putih

1/4 sudu teh serbuk kunyit

1/8 sudu teh serbuk asafoetida,jika ada

Bahan tumis

30 gm bawang merah,hiris halus

1/2 sudu teh biji sawi

1/2 sudu teh ulutham parupu,jika ada

3 tangkai chili kering,potong

1-2 tangkai daun kari

1 sudu minyak,jangan banyak sangat nanti berminyak rasam


1. Campur bahan tumbuk dengan air asam java. Ketepikan

2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga wangi dan bila bawang menjadi perang.

3. Masukkan ikan bilis,tomato,lobak putih dengan air nya sekali dan air asam java campur tadi.

4. Kacau rata dan biar sampai mendidih dan bila ikan bilis sudah masak. Masukkan daun ketumbar dan garam. kacau rata. Hidangkan panas.








2 comments:

Norliza Samsudin said...

Sesuai sebagai juadah Ramadan. Thank you Chef.

Thyaga Rajan said...

thank you Norliza