DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Monday, November 14, 2016

VARUVAL PISANG MUDA



VARUVAL PISANG MUDA

4 biji pisang muda,dipotong 2 dan rebus hingga masak tapi jangan masak hingga lembik. Sejukkan dan potong cube.

1 s/m serbuk chilie

1 s/m serbuk ketumbar

1 s/t serbuk kunyit

1 s/t serbuk jintan manis

1/8 s/t serbuk asafetida

Garam secukup rasa

1 s/t biji sawi

1 s/t ulutham paruppu

1 s/t jintan manis

3 tangkai daun kari

5-6 s/m minyak

1.    Panaskan minyak dan masukkan biji sawi,jintan manis,ulutham paruppu  dan kacau rata.

2.    Masukkan semua bahan serbuk dan daun kari kacau rata dan masuk sedikit air masuk garam kacau rata bila dah naik minyak masuk pisang dan kacau rata.

3.    Kacau dan goreng hingga kering. Hidangkan  dengan nasi





4 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Hai tuan. Menarik menu ini. Saya memang penggemar pisang. Tak kisah masak macamana pasti suka. Tapi kami orang Melayu kurang kenal dengan bahan asafoetida. Boleh tak tuan kongsikan macamana rupanya & di mana boleh dapatkannya? Yang paling penting adakah ia halal? diperbuat dari apa ye asafoetida. Saya selalu jumpa bahan ini dalam resepi2 masakan India. Terima kasih ye.

Thyaga Rajan said...

Terima kasih banyak2 ya…saya tak sangka yang awak yang famous ini boleh sampai ke blog saya yang tak berapa ini. Asafoetida ini 100% halal pasal dia getah pokok. Lagi pun dia diguna dalam banyakkan masakkan muslim di India. Orang india guna asafoetida ini dalam masakkan untuk “buang angin” macam kacang dhal tu banyak angin dan juga sayur2 yang ada angin. Asafoetida ini bau dia busuk jadi kena pakai sedikit jer. Bila kita orang india bila masak rasam kita mesti masuk benda. Asafoetida boleh dibeli di kedai runcit orang india dia dalam botol ( serbuk) dan ada juga yang keras macam batu.
Kalau tak salah orang melayu panggil inggu. https://en.wikipedia.org/wiki/Asafoetida

Adam said...

I'll try yours.
Thanks.

haizie abd hamid said...

Hi sir..sy nak tnya pisang muda tu pisang ape jenis pun bole dibuat masak varuval ke?