DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Friday, February 24, 2017

MASALA VADAI ~ ULUTHAM VADAI



MASALA VADAI

200 gm kadalai paruppu,direndan 4-5 jam

2 s/t jintan manis

2 tangkai chilie kering,dipotong

3 cm halia,dicencang

2 biji bawang besar,dipotong halus

2 tangkai chilie hijau,hiris halus

3 tangkai daun kari,dimayang

Garam secukup rasa

Minyak untuk goreng

1.    Ambil 3 sudu makan kacang dhal dan asingkan .

2.    Kisar kacang dengan chilie kering dan halia tapi jangan lumat sangat dengan sedikit air.

3.    Masukkan kacang yang sudah di kisar tadi dan campur dengan 3 sudu kacang dan semua bahan2 lain( kecuali Minyak) kacau sebati.

4.    Panaskan minyak ambil sedikit doh dan bentukan bulat dan leperkan dan gelongsorkan ke dalam minyak.

5.    Goreng hingga menjadi perang.




ULUTHAM VADAI

200 gm urad dhal (ulutham paruppu) direndam 4 jam.

1 s/t jintan manis

3 cm halia,dicencang

2 biji bawang besar,dipotong halus

2-3 tangkai chilie hijau,dipotong halus

2-3 tangkai chilie padi,jika suka pedas (tapi jangan banyak sangat nanti pedas)

3 tangkai daun kari,di mayang

3 tangkai daun ketumbar,dimayang,jika ada

Garam secukup rasa

Minyak untuk goreng

1.    Kisar urad dhal dengan jintan manis dan halia hingga sebati dan lumat dengan sedikit air(jangan guna banyak air nanti tak buat nak bentukan)

2.    Campurkan dengan semua bahan lain kecuali minyak. Panaskan minyak dan ambil sedikit doh dengan tangan yang basah dan leperkan dan buat lubang di tengah nya.

3.    Gelongsorkan kedalam minyak dan goreng hingga menjadi perang. Tuskan di atas kertas penyerap minyak.




1 comment:

Naily's Kitchen said...

vadai memang fav saya..sangat sedap ...:)