DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, December 27, 2011

KEK PASSION

KEK PASSION

100gm kacang walnut,panggang,cengcang
340gm labak merah,parut
100gm kismis hitam,cengcang
4 biji telur sized besar
300gm sugar perang
240gm minyak jagung
1 sudu besar vanilla esen

Ayak sekali

260gm tepung gandung
11/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
11/2 sudu teh serbuk kayu kulit manis

Alas dan griskan tin pembakar 21cm

1. Enjutkan telur hingga kembang masukkan gula dan pukul hingga kembang dan gebu masukkan minyak dan vanilla pukul lagi.
2. Masukkan tepung dan pukul rata. Kaup dan balikkan tepung perlahan2 dengan camca. Ulang hingga tepung habis. Masukkan  lobak merah dengan kismis gaul rata.
3. Masukkan ke dalam tin  dan masuk ke dalam ketuhar 180c selama 1 jam atau sampai masak.
Keluarkan dan sejukkan.

CREAM CHEESE FROSTING

130gm cream cheese
75gm mentega
1/2 cawan gula icing
1/2 sudu teh parutan kulit lemon
1 sudu besar jus lemon

1. putar mentega. Masukkan gula icing dan putar masukk cream cheese dan kulit lemon dan jus lemon. Putar hingga kembang.Sapu di-atas kek. Hiaskan dengan daun pidina dan ceri merah.


No comments: