DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Thursday, January 5, 2017

KARI PEDAL DAN HATI AYAM



KARI PEDAL DAN HATI AYAM

250 gm hati ayam

250 gm pedal

400 gm ubi kentang,dipotong 4

200 gm tomato,dipotong 4

100 gm bawang besar,dihiris halus

4 s/m pes halia bawang putih

2 batang kayu manis

2 tangkai bunga lavang

3 tangkai daun kari

¼ cawan minyak

 5 cawan air

Garam secukup rasa

Di campur dengan sedikit air menjadikan pes:

60 gm serbuk kari daging

30 gm serbuk chille

1 s/t serbuk jintan manis

1 s/t serbuk jintan putih

1 s/t garam masala

1 s/t serbuk ketumbar

1.    Rebus pedal ayam dengan 2 cawan air dengan pressure cooker hingga empuk.ketepikan

2.    Panaskan minyak dan masuk kayu manis dan bunga lavang kacau.

3.    Masuk bawang dan tumis hingga menjadi sedikit perang.

4.    Masuk pes halia bawang putih dan tumis hingga hilang bau halia.

5.     Masukkan daun kari dan pes rempah tumis hingga naik minyak.

6.    Masukkan ubi,tomato,pedal dengan air rebusan nya dan air kacau rata dan tutup periuk dan biarkan sampai mendidih.

7.    Masak hingga ubi empuk dan masuk hati ayam dan garam secukup rasa masak hingga hati empuk dan kari menjadi pekat dan naik minyak.