DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Sunday, June 10, 2012

NASI GORENG IKAN BILLIS

NASI GORENG IKAN BILLIS

200gm nasi sejuk
60gm kubis,potong
1 biji telur.goreng hancur,ketepikkan.
20gm ikan billis,goreng
1/2 biji bawang besar,hiris
1/2 cilli merah,hiris
2 sudu besar minyak
1 sudu teh sos tiram
Garam jika perlu
Bahan tumbuk
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
10gm ikan billis
Tumbuk semua bahan ini dengan sedikit air biar kasar

1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar hingga perang.
2. Masukkan chili merah,bahan tumbuk,sedikit air dan sos tiram goreng hingga wangi,.
3. Masukkan kubis and goreng hingga kubis layu.
4. Masukkan nasi,telur goreng dan ikan billis goreng kacau rata dan goreng sampai kering.
NOTA: Hidang untuk 1 orang
.

No comments: