DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, September 25, 2012

BUN CORN CUSTARD




BUN CORN CUSTARD


500gm tepung high protein

100gm gula caster

200ml air suam

120 susu suam

50gm mentega,cair

13gm yis


25gm susu tepung

8gm garam

1 biji telur

Inti

140ml susu

60gm tepung custard


5-6 sudu besar jagung
cream

Campur semua bahan di-atas dan masak hingga pekat. Sejukkan

Untuk di-sapu

1 biji telur ambil putih nya

Sedikit bijan


1. Campurkan tepung,garam,gula,susu tepung dan yis. Gaul rata

2. Campurkan mentega,air,susu dan yis kacau rata dan  tuangkan ke dalam tepung, campur dengan telur.Adunkan hingga menjadi doh. Uli  doh sampai menjadi licin dan tidak melekat pada jari.

3. Masukkan doh yang siap diuli ke dalam beg plastik yang telah digris dengan sedikit minyak. Tutup beg dan biarkan di-tempat yang suam supaya adunan naik dua kali ganda.

4. Bentuk setiap satu doh supaya menjadi bulat kemudian golekkan doh dengan tapak tangan. Pipihkan di tengah doh hingga menjadi bentuk sebuah mangkuk. Isikan inti custard dan tutup dengan cermat. Alihkan ke dalam dulang pembakar. Biarkan bun naik dua kali ganda.

5. Griskan ban dengan putih telur dan tabur bijan. Bakar dalam oven suhu 200c selama 15 mint.
.

.

No comments: