DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Monday, September 24, 2012

NASI DAGANG






NASI DAGANG


1 kg beras nasi dagang,rendam 5-6 jam dan toskan

5 cawan santan cair

(A)

120gm bawang merah,mayang halus

80gm halia,mayang halus

25gm gula


30gm halba

30gm garam

700ml santan pekat

1. Masak A hingga mendidih,ketepikan.

2. Kukus beras selama 10 mint. Gunakan api yang besar.

3. Kemudian masukkan santan cair dan gaul rata. Kukus lagi selama 30-35 mint.

4. Gaul beras dengan santan yang telah di-masak, kukus lagi selama 10 mint.

Untuk gulai nya.

GULAI NASI DAGANG

Ini cara orang dulu masak gulai nasi dagang. Tak pakai rempah ratus. Orang dulu memang guna ayam dan udang Tapi jika suka boleh di gantikan dengan ikan tongkul. Rebus ikan dengan sedikit garam dam asam gelugor dan simpan semalam baru guna ikan.


800gm ayam

300gm udang,jangan buang kulit

4 biji telur rebus

4 tangkai chili hijau

150gm gula melaka,cencang

1.100 litre santan pekat

1-2 keping asam gelugor


1/2 cawan minyak

Sedikit serbuk perasa,jika suka

Garam secukup rasa

Bahan kisar

200gm bawang merah

40gm bawang putih


30gm halia

50gm lengkuas

15gm belacan

30gm kunyit

30gm cili kering,buang biji nya

1. Panaskan minyak dan masakkan bahan kisar. Tumis hingga naik minyak.

2. Masakkan ayam,gula melaka,asam dan kacau rata masukkan santan dan biarkan ia mendidih. Masak hingga naik minyak,masukkan udang,telur dan chili hijau  masak hingga ayam empuk dan naik minyak.


.








No comments: