DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Sunday, November 26, 2017

RAVA THOSAI



RAVA THOSAI

½ cawan tepung suji,yang telah di sangai

2 s/m tepung beras

2 s/m tepung gandum

¼ cawan yoghurt

Garam secukup rasa

1 tangkai chilie hijau,dipotong halus

1 biji bawang besar ( size meduim) dipotong halus

½ cm halia,cincang halus

11/2 s/m daun ketumbar,cincang

1 tangkai daun kari,dimayang halus

2 1/2 cawan air

11/2 s/m minyak

1 s/t jintan putih

1/2 s/t lada hitam ditumbuk kasar,jika suka

¼ s/t serbuk asafoatida ( ini mesti masuk baru bau wangi)

Minyak 

1.    Campurkan suji,tepung,tepung beras,garam,daun ketumbar,halia,bawang dan yoghurt dengan air kacau hingga sebati ( batter dia kena cair bukan pekat jika rasa pekat tuangkan sedikit lagi air ).

2.    Panaskkan minyak dalam kuali kecil dan masuk jintan putih kacau rata dan angkat dari api dan masuk daun kari dan serbuk asafoatida dan lada hitam kacau dan tuangkan kedalam batter dan kacau rata.

3.    Panakan kuali leper nonstick bila dah betul2 panas sapu dengan sedikit minyak. Kacau rata batter dan ambil satu senduk dan tuang keatas kuali (tuang tu kena tinggi sedikit. Yang tuang ini yang kena pandai kalau tidak dia tak jadi) dia kena nipis tak boleh tebal. Ambil sedikit minyak dengan sudu dan tuangkan dikeliling thosai dan juga di atas nya.

4.    Biarkan sampai dia betul2 garing (light brown di bawa baru boleh terbalik kalau tidak tak boleh) baru di terbalik kan dan goreng lagi tapi jangan tuangkan minyak. Angkat makan panas2 dengan chutney.

Note: rava thosai ini jika di biarkan sejuk dia akan jadi liat.





No comments: