DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Saturday, May 18, 2013

KARI IKAN MASIN



KARI IKAN MASIN

Ini ada lah masakkan kari ikan masin tradisonal orang india. dalam kari ini ada di-campur dengan Kacang mochai. Kacang ini selalu nyadi-gun akan oleh orang india dalam masakkan. Saya tak tahu nama nya dalam bahasa melayu. Boleh di beli di kedai runcit orang india. Selamat mencuba

80 gm kacang mochai,di-sangai dan di-rendam semalam dan direbus hingga masak tuskan dan simpan air rebusan-nya. Jangan buang kulit nya.

400 gm ikan masin merah
atau ikan talang bahagian kepala
potong dan rendam dalam air sejam bersih  dan tuskan

2 biji ubi kentang,potong 4

2 biji terung bulat,potong 4

1 biji tomato,potong 4

50-60 gm asam java di-ramas dengan sedikit air dan tapis. Campur
dengan santan dan air rebusan kacang menjadi
5 cawan

60 gm serbuk kari ikan,di bancuh dengan
sedikit air menjadi pes

Garam secukup rasa

Bahan tumis

1 biji bawang besar,dimayang

6 ulas bawang putih,dibelah 2

1 sudu teh halba

2 tangkai daun kari

4-5 sudu makan minyak

1. Panaskan minyak tumis bahan2 tumis hingga wangi dan bila bawang menjadi perang.

2. Masukkan pes kari dengan sedikit air dan tumis hingga naik minyak. Masukkan ikan masin,kacang mochai dan sayur kacau rata.

3. Tuangkan air asam campur santan tadi dan kacau rata. Masak hingga ubi empuk. Hidangkan dengan nasi.
.






 


 

No comments: