DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Monday, July 8, 2013

RAMADAN NOMBU KANJI ( Bubur lambuk orang india )


NOMBU KANJI


1 cawan beras,rendam 4 jam

1/2 cawan kacang dhal,rendam 4 jam

6 cawan air,atau secukup nya

1/2 cawan santan

1 sudu teh jintan putih

200-250 gm isi daging ayam,potong kecil2

Daun ketumbar secukup nya

Minyak

Garam secukup nya

(A)

3 biji buah pelaga
1 bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu kulit manis

(B)

1 biji bawang besar (kecil) hiris halus
2 tangkai cili hijau,

(C)

1 sudu besar pes halia,atau 2cm haila,hiris halus
1 sudu besar pes bawang putih,atau 3 ulas bawang puih hiris halus

(D)

1 biji tomato masak,cencang
1 tsp serbuk biryani atau kurma,jika ada

1. Masak beras,jintan manis dan kacang dhal hingga  beras dan kacang hanchur. Jika perlu tambah air.kacau rata. Ketepikan

2. Panakan minyak dan tumis A, masuk B tumis hingga naik wangi. Masuk C tumis lagi hingga hilang bau halia dan bawang putih.

3. Masukkan D dan kacau rata. Dan masak hingga naik minyak. Masukkan ayam dan kacau rata masak hingga ayam menjadi putih. 

4. Tuangkan bubur nasi tadi dan kacau rata ( jika pekat masukkan sedikit lagi air) masak hingga mendidh dan ayam masak. Masukkan santan dan garam kacau rata.

5. Masak hingga mendidh. Masukkan daun ketumbar dan kacau rata. Hidangkan










 

 

No comments: