DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Saturday, August 24, 2013

MAKARONI BAKAR


MAKARONI BAKAR

`200 gm macaroni,direbus,tus dan gaulkan dengan mentega.

120 gm dging ayam kisar

200 gm sayur campur

2 biji bawang besar,hiris halus

1 sudu makan pes halia

1 sudu makan pes bawang putih

11/2 sudu makan serbuk kari daging

1/2 sudu makan serbuk rempah Tok mak

1 cube chicken stock

2 tangkai daun kari,mayang halus

300 ml susu,saya pakai susu tepung campur air je.

8 biji telur gred B

Keju parut secukup nya

Garam secukup nya

Minyak secukup nya

Daun bawang secukup nya

Sos chili

1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga Wangi. Masukkan daun kari dan pes bawang putih dan halia tumis hingga hilang bau halia.

2. Masukkan serbuk kari, serbuk tok mak dan chicken stock cube dengan sedikit air kacau dan tumis hingga naik minyak. Masukkan daging dan kacau rata. Bila daging masak sedikit masukkan macaroni dan sayur campur. Kacau rata. Tuangkan ke dalam mangkuk pyrex yang telah digriskan.

3. Bancuhkan susu dan telur dan tuangkan ke dalam macaroni tadi. Tabur keju parut dan bakar hingga masak.oven panas 180c selama 45 atau hingga masak

4. Bila sudah masak tabur dengan daun bawang dan picitkan sos cili dengan menarik. 






 

No comments: