Monday, June 17, 2013

AYAM PARATEL


AYAM PARATEL


600 gm ayam,potong kecil dan gaul
dengan sedikit serbuk kunyit,ketepikan

1 biji besar tomato,dicencang

1 sudu makan serbuk kari daging

1/2 sudu makan serbuk cili

1 sudu makan pes bawang putih

1 sudu makan pes halia

1 cawan air

Garam secukup rasa

Bahan tumis

1 biji bawang besar,hiris halus

1 batang kayu kulit manis

2 tangkai bunga lawang

2 tangkai daun kari

2 sudu makan minyak

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga wangi dan bila bawang menjadi perang. Masukkan pes kacau rata dan masukkan sedikit air goreng hingga hilang bau halia dan bawang putih.

2. Masukkan ayam,tomato dan garam kacau rata dan tuangkan air kacau rata dan biarkan sampai mendidh. Bila mendidih masuk serbuk cili dan serbuk kari. kacau rata.

3. Biarkan mereneh hingga ayam masak dan pekat dan sedikit kering. Hidangkan dengan nasi



1 comment:

Anonymous said...

Can you tell us how crab curry Indian style is cooked? I mean, please do a write-up on crab curry. Would really appreciate that.

Thanks.