DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Wednesday, August 21, 2013

KEK TEPUNG SUJI


KEK TEPUNG SUJI



250 gm mentega

130 gm gula halus

170 gm tepung suji,di sangai dan sejukkan.

1 sudu teh esen rose

1/4 sudu teh garam

2 sudu makan susu

8 biji kuning telur

2 biji putih telur

1 sudu makan gula halus

55 gm tepung naik sendiri,ayak

100 gm gajus

50 gm kismis,cencang


1 tin kek 20cm


1. Pukul telur dan gula halus hingga kembang . Masukkan tepung suji dan pukul lagi hingga sebati.

2. Masukkan esen rose,garam dan susu. Masukkan telur kuning 2 biji demi 2 biji sekali masuk dan pukul hingga sebati.

3. Dalam bekas lain pukul putih telur dan gula hingga kembang. Kacau dalam adunan tepung suji hingga sebati.

4. Masukkan tepung naik sendiri  sedikit demi sedikit dan kacau  hingga sebati. last masukkan kismis. Tuangkan ke dalam tin dan tabur dengan gajus. Bakar pada suhu 170c hingga masak satu jam.






 

No comments: