DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Thursday, September 19, 2013

AYAM KAM HEONG



AYAM KAM HEONG

Ayam dalam gambar ini bukan ayam ini ayam vegetarian yang di buat dengan kacang soy. Tapi dalam recipe ini saya ganti dengan isi ayam.

500 gm isi ayam ,potong cube dan campur dengan 3-4 sudu besar tepung gandum,1 sudu besar minyak bijan. Goreng dan ketepikan.

Bahan sauce

6 ulas bawang putih,tumbuk
3 tangkai daun kari
1/2 sudu besar serbuk lada sulah
2 sudu besar serbuk kari daging
Sedikit cili padi potong,jika suka pedas
6 sudu besar sos tiram
11/2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar gula
Sedikit air

Bijan untuk di-tabur


1. Panaskan 3-4 sudu besar minyak. Masukkan bawang putih dan daun kari kacau hingga Wangi.

2. Masukkan bahan2 sauce dengan sedikit air kacau hingga naik minyak. Masakkan ayam dan kacau rata. Taburkan bijan dan hidangkan.







2 comments:

Kasih Ilmar said...

Hi, saya suka blog anda dan akan singgah lagi. :)

Thyaga Rajan said...

Thank you so much Kasih llmar