DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Monday, September 30, 2013

FOO CHUK MASAM MANIS



FOO CHUK MASAM MANIS

Dalam resipi ini saya guna foo chuk basah. Kalau tak dapat beli foo chuk basah boleh di ganti dengan tau foo.


300 gm foo chuk basah atau 5 keping tau foo potong 4

150 gm timun,potong

100 gm lobak merah,potong dan rebus 1/2 masak

2 tangkai chili merah atau hijau kalau suka pedas masuk cili padi ( saya tak masuk cili)

1 biji bawang besar,potong besar

4 ulas bawang putih,tumbuk kasar

2 cm halia,tumbuk kasar

3 sudu besar minyak

Untuk sos nya

4 s/m sos tomato
4 s/m sos chili
2 s/m gula
1 sudu makan serbuk sedap atau sedikit serbuk perasa
1 sudu makan tepung jagung
Garam secukup rasa ( saya tak masuk)
1 cawan air

Campurkan semua ini dalam mangkuk

1. Goreng tau foo hingga perang. Ketepikan

2. Panaskan minyak dan tumis halia,bawang putih hingga naik Wangi nya.

3. Tuangkan sos dan kacau rata. Biarkan mendidih . Bila mendidih masukan semua bahan lain dan kacau rata. Padamkan api. Hidangkan panas2 dengan nasi.















No comments: