DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Friday, March 7, 2014

PULUT BAKAR

 
 
PULUT BAKAR
 
 
1 kg beras pulut,rendam semalam
 
650 ml santan pekat
 
350 gm gula.atau secukup rasa, tapi jangan manis sangat.
 
1/2 sudu teh halba
 
15 kuntum bunga cengkih
 
Garam secukup rasa
 
Daun pisang secukup nya di layu dan potong bulat2 mengikut saiz acaun. Tapi biarkan besar sedikit.
 
 
 
1. Masak santan,gula,garam,bunga cengkih dan halba hingga mendidih. tutup api dan biarkan sejuk.
 
2. Kukus pulut hingga masak. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul dengan santan tadi hingga sebati. Biarkan selama 2 jam.
 
3. Sapu daun pisang dengan minyak dan masuk ke dalam acuan, dan ambil sedikit pulut dan masuk ke dalam nya dan tekan sampai padat. (tengkok gambar nya). Tutup dengan daun nya dan terbalik dalam tray.
 
4. Panaskan oven 200c dan bakar 1 jam atau pun sampai berkerak. Atau pun boleh juga panggag di-atas bara api. Selamat mencuba

 
 





 
 
 
 
 
 
 
 


No comments: